Bloom Flower Bloom

Bloom Flower Bloom
its been a while~

Monday, April 28, 2014

diary : back to 2009

ya aku di situ
2009
kali pertama aku jumpa kau
cinta atau tidak entah aku sendiri tak tahu

kecewa derita
tapi kerna itu kita terikat
seawalnya ku tak lihat indahnya bersama kau

tapi entah
biar hati tak terasa benarkah aku sedang berpijak di bumi nyata
kau
buat kesekian kalinya menggoncang bahuku 
tersedarlah aku ini realiti

hati memang tak terasa rindu
aku kalut dengan hidup aku sendiri dan biar kau di tepi
aku sangka mungkin kau rasa aku tak punya rasa
dan aku sangka kau akan berlalu pergi begitu sahaja

tapi tahun demi tahun
sejujurnya ikatan ini mematangkan aku
biar hati pernah menipu dan berpaling daripada diri kau
tetapi aku tetap cari jalan pulang ke sisi kau akhirnya

kerana yang aku rindu hanya kau seorang
ya
kau seorang

No comments:

Post a Comment