Bloom Flower Bloom

Bloom Flower Bloom
its been a while~

Sunday, February 10, 2013

diari : muke garang hati lembut

ni la masalah yang aku hadapi sekarang
aku
suke suatu yang jelas apa adanya
dalam apa jua perkara
jadi apa-apa jua perkara atau isu
aku suka biar aku dengan orang yang turut terlibat dalam isu itu jelas sekali
aku terang dan minta mereka faham
cara tegas
cara lembut
cara perli
tapi mereka cakap ya hari ini, esok sudah lupa
adakah tidak rasional permintaanku yang hanya secuman itu?
~~aku cuma minta mereka faham dan bertindak seiring pemahaman mereka itu
tidak minta lebih atau kurang
sedang mereka tahu aku bagaimana
adilkah bila aku sudah siap siaga, awal berdiri di tepi kereta
mereka masih lagi bersiap
tidak peduli
aku sudah terang segala, adakah susah untuk tunai permintaan ku yang minta mereka lebih berdisiplin
ini bukan lagi dalam institusi yang bisa tolak ansur
ini sudah masuk alam dewasa
walaupun usia mereka setahun lebih tua, terasa aku yang matang dalam hadapi apa yang dinamakan disiplin dunia.
mahu tidak mahu ini dinamakan alam kerja
kau seorang pekerja, baru, mahukah mata-mata dan mulut-mulut menghukum kita hanya kerana terlambat sedikit masa?
adakah masih berharap sedikit belas daripada pihak atasan sedang disiplin sendiri perlu diperbetulkan?

aku fikir biar kita betulkan disiplin kita.
aku disini tidak berniat ingin menyatakan salahnya engkau dan betulnya aku
atau salahnya aku dan betulnya engkau
tapi aku di sini mahu kita sama-sama boleh tiba awal di tempat kerja,
sama-sama kejar apa yang dikatakan cemerlang dan dedikasi dalam kerja
kata mahu dilantik, tapi adakah sikap sebegini membolehkan kita dilantik?
tidak sayang .. sama sekali tidak
jom berubah? biar kita sama-sama tempuh perkara bahagia bukan derita
mengapa mahu pilih jalan derita sedang kita punya banyak jalan bahagia?

No comments:

Post a Comment