Bloom Flower Bloom

Bloom Flower Bloom
its been a while~

Sunday, January 13, 2013

DIARY : HATI TERHIRIS LAGI

aku.
mungkin kau lihat kuat
senyum sahaja
gelak sahaja
sedang hati juga ada terluka

ya
aku tahu bibirku sering terucap kata-kata bisa hiris jiwa
tapi tidak sekalipun aku sangka
kata-kata manusia yang sering sahaja ucap kata dusta
bisiknya kau dengar juga

aku dipalit najis hina
aku dipalit fitnah dusta
tapi kau tetap tanam percaya
sedang dia telah menikam pedih meracun insan-insan yang pernah menyayanginya
aku juga jadi kambing hitamnya
terkorban
sedang aku sekali pun tidak pernah memaki
walaupun manusia itu bertopengkan syaitan
mukanya mungkin mesra
belakang kamu dia bisa membogelkan segala cerita

puaskah hati manusia berdusta itu
setelah lihat satu demi satu mereka percaya akan dustanya
tapi aku masih lagi yakin
Allah itu ada Maha Mendengar
biar sejuta cerca hina manusia itu tempekkan pada aku
sedangkan diri kau yang sendiri tahu
itu semua hanya rekaan lidah bercabangmu
kau sendiri tahu hukumnya
kau sendiri tahu Allah Maha Kuasa

biar
sekali ini dia bernama manusia itu seronok
gembira lihat aku dan orang lain jatuh
pecah belah angkara perkataan durjananya
tapi
aku percaya
ya
aku percaya
penipuan dia  tak kekal lama

wahai hati
kekal lah kau tabah seperti tahun-tahun sebelumnya
aku masih punya tanggungjawab lain untuk dilaksana
dan dia
hanya jarum yang suatu hari nanti akan karat
tumpul matanya

3 comments: