Bloom Flower Bloom

Bloom Flower Bloom
its been a while~

Wednesday, June 27, 2012

merepek : kegilaanku

aku seorang yang gila
bila mahu capai suatu yang aku benar2 mahu

dulu, aku mahu buktikan aku juga boleh masuk Universiti
walau keputusan SPM aku hanya suam2 kuku
dengan air mata kerana pedih kata2
ya, aku hanya gadis biasa bertenaga biasa
aku sambung menuntut ilmu meski kurang tekun
menduduki, menghadapi kepayahan STPM
akhirnya aku menjejak kaki juga ke Universiti
dengan rasa puas hati
dan lega yang tak terungkap
tika itu, mungkin kelegaan timbul
bila aku dapat hamparkan bukti pada
mereka



dulu, aku mahu buktikan aku juga boleh menurunkan berat badan
menangkis pandangan dan anggapan negatif
dengan usaha
rakan-rakan yang menjadi antara tulang rangka
aku berjaya
senyuman lebar
aku bisa bukti
aku dapat apa yang aku mahu
dengan usahaku
tak perlu kata2 kamu,
terima kasih kerana memandang rendah impianku
terima kasih kerana mencerca aku di belakang aku
kini aku dapat apa yang aku citakan



dulu, aku seorang gadis yang tak tahu apa itu penampilan
bukan aku mahu bergaya hingga bergadai segala
apa yang aku mahukan adalah suatu imej yang membina
membina keyakinan aku dalam melangkah
kerana kerjaya aku pada masa hadapan dan juga bidang yang aku belajar
adalah suatu bidang profesional
yang memerlukan aku menjaga imej
bukan pada pakaian yang mahal dan cantik serta solekan tebal
tetapi pada kekemasan dan pandai menggayakan meski pakaian murah
serta solekan kejujuran
apa yang aku dapat lihat
manusia sangat suka akan keindahan
maka keindahan luaran sudah kita jaga
keindahan dalaman sangat penting
dalam menonjolkan keindahan luaran

dudel from blogger : alif ismail

No comments:

Post a Comment