Bloom Flower Bloom

Bloom Flower Bloom
its been a while~

Tuesday, April 10, 2012

suke suki cerpen : Kau cinte pertameku

Ari ni aku kene cepat gi kuliah sebab lecturer yg aja kelas pagi ni cepat jengkel orangnye. Orang kelantan kate "mudoh bengkeng". Huhh. Lepas minum nescafe, aku terus jalan laju-laju gi prhentian bas. Tibe-tibe aku tersepak pe tah pastu terjatuh. Waaa, saketnye punggung. Toleh kiri kanan tengok ade orang ke tak. Pandanganku terhenti kat sorang mamat yang terbeliak mate melihat aku jatuh cam nangke busuk tadi. Pastu die gi gelak plak. Cissss. Bukan nak tolong aku yang ngah saket ni. Huhhh. Pedulik lah. Aku terus bangun n gi naek bas. Naseb baek la pakai seluar skinny jeans harini. lau pakai baju kurung mesti dah koyak. Huhhh.

   Sesampainye di depan dewan kuliah, aku melihat dua orang sahabat baikku dah terpacak berdiri depan pintu sambil bercekak pinggang. "woiii Eny! Apsal ko lambat aaa? Naseb baek Encik Zahari lambat sikit arini. Lau x, hangusla ko" ujar Fynn dengan mate sepetnya yang cuba dibeliakkan. "hahaah. Rilex ok. Aku tak sengaje. Tadi aku terjatuh la. Saket punggung comel aku ni" ujarku. Memang pedih lagi pun. Salah sendiri la sebab jalan tak tengok atas bawah. Waaaaa. "Hahaha. Mesti kelakar kan time kau jatuh." gelak Beny sambil memegang bahuku. "Sakit woi. Dah la ade sorang mamat ngah usha lak tu. Dah tu die boleh gelak kat aku. Kuangsam. Bukan nak tolong. Waaa. Tercalar keayuanku," aku menggayakan gayaku jatuh sebentar tadi. "Banyak la kau punye keayuan. Kau tu ganas. Dah2 jom masuk kelas. Tu Encik Zahari da sampai dah tu" Fynn menarik aku ke dalam kelas.

     Kelas Encik Zahari ni memang mengantuk. Tapi subjek yang die aja ni penting. So, kene fokus even fikiran aku banyak kali cube lari keluar daripada memproses apa yang diajar Encik Zahari. Eish. Keluar kelas je, si Fynn yang kuat makan ajak aku gi makan. Die ni badan je kecik, tapi makan, tu diaa, aku rase korang pon leh pengsan lau tengok die makan. Macam kebulur sepuluh hari. Suke ati ko la Fynn. Tengah jalan syok2 menuju ke cafe, tetibe kakiku terpeleot jatuh. Cis. Dah la ramai orang lak tu. Waaa. "Woi macam mane la ko bole jatuh ni. Aku rase xde ribut tiup ko. ish3," bebel Fyn sambil membantuku berdiri. "Waa. Saket la Fynn. Jangan la bebel dulu. Mak nenek ni. Waa." mateku sudah berair. Malu satu hal, saket satu hal.

   Sedang aku berjalan terhincut-hincut menuruti langkah si Fynn, aku terlihat mamat yang gelakkan aku tadi. Die tersengih2 cam kerang busuk. Waa kuangsam la mamat ni, setiap kali aku jatuh die ade, nak cubit, anak orang, aku membebel dalam hati. "Fynn, aku rase aku xnak gi kelas Puan Sahara la. Ko sign kedatangan aku ok. Sayang ko," ujarku sambil memuncungkan bibirku rapat dengan Fyn. "Woi woi. Ok3. Xpayah cium2. Kang xpasal2, aku yang comel ni dicop Lesbian plak. Dah2. Gi balek rehat," Laju je minah ni bebel. Huhh. Aku mengerlipkan mate beberape kali kepade Fynn sebelum mengucapkan terima kasih dan berjalan perlahan-lahan ke arah perhentian bas. Mane bas ni, lembap betul lah, getus hatiku.

    **Pon pon. Sebuah kancil merah berhenti di hadapanku. Aku tak nampak sape yang drive sebab kete kancil tu tingkap die tinted. Cermin tingkap diturunkan. Laaaa.. mamat sengal ni ke. Haihhh. Ape lagi die nak ni. Seronok sangat ke tengok aku jatuh banyak kali hari ni. Geram betul. Huhh. Aku buat2 xnampak je mamat tu sambil memandang ke arah lain. Tibe2 die kua dr kete n menuju ke arah aku lalu mengangkatku masuk dalam kete. "Woi ape culik anak orang ni. Woiiiiii," jeritku sambil memukul dadenye. "Aku nak tolong kau lah. Dengan kaki dah hincut gitu sebok nak naik bas," ujar mamat tu perlahan. "Biarlah, bukan aku drive pon bas tu. Duduk je pon," ujarku sambil menjelir lidah. "Kalau kene berdiri, kan saket. Orang nak tolong, kene bebel pulak. Name aku Zerith. Panggil Eri je. Aku tau name ko Erni Liyana. Orang panggil ko Eny kan?" mamat tu mencerlang kepadaku. "Haaa bagusla lau ko dah tahu. Jimat air liur aku, hehe :DD," aku tergelak tengok muke mamat tu yg macam kelaka. Dan die pon tersenyum.

    Sesampainye di cafe hostel aku, die memberhentikan keretenye lalu berkate, " Sebab aku dah tolong kau, aku nak ko balas budi aku balik," ujar Eri sambil memandang tepat ke mukaku. Ok, aku rase die ngah serius."Ape?"tanyaku. "Malam ni pukul 8.30, aku tunggu kau kat sini. Pakai cantik2 sikit,"ujar Eri dengan nada serius. "Kenape pulak? Nak watpe?" soalku ingin tahu. "Turun je laaaa. Bukan suruh ko mencangkul pon. Dah2 gi naik, aku pon nak balek tido jap ni," ujar Ery sambil memegang stering kerete. Aku membuke pintu dan berjalan2 perlahan ke bilikku di tingkat 5 hostel. Huhh. Usai menunaikan solat isyak, jam menunjukkan pukul 8.20 malam. **Alamak. Aku segere bersiap dan bergegas turun ke bawah. Aku rase ok kot pakai t-shirt turqoise ngan jeans je. Tudung aku capai je tudung syria corak leopard tu. Senang. Aku dapat lihat Eri sedang berdiri menyandar di keretenye.

   "Hahhhhh sampai pun. Penat tau saye tunggu,"ujar Eri sambil tersenyum. 'Eh, mamat ni bukan cakap aku kau ke tadi. Apsal die sopan santun lak ni. Dah tu senyum bukan main lebar,' aku kehairanan. Die memasang lagu Ramlah Ram. Huhh, bahagie btul, cam tau2 je aku ske lagu Ramlah Ram. Even aku ni gile2, tapi lagu Ramlah Ram memang fevret aku, selain lagu2 English. "kite nak g mane ni?,"tanyaku. Eri meletakkan jari telunjuk pada bibirnya dan terus memandu. **Tetettt Teteett. Sms dari Fynn. "Woi Eny, ko kat mane? Jom makan!" aku balas,"aku ngah jalan2 ni." Fynn"Ohhh. Ok3". Mamat tu menjeling2 aku yang ngah menaip sms kepade Fynn. "Ape?" "Awak mesej sape tu?"tanye Eri. "Mesej Fynn la. Sape lagi." "Oh ingat boyfren." "Mane ade saye ni ade boyfren. Saye single ok," "Saye pun," Aku melihat Eri berkate begitu dengan bersahaje sambil memandu kerete.

      "Ok. sampai," Eri keluar dari kerete kecilnya lalu menggeliat.'sengal' ujarku dalam hati sambil menjelir lidah kepadanya. "Haip asyek jelir lidah je. Potong lidah tu kang,"ujar Eri sambil tersenyum. "Awak nak ajak saye makan ke?" ujarku sambil memandang sekeliling. Di hadapanku adalah kedai makanan laut tidak jauh dari universiti kami. "Yelah,,name pon kedai makan. Tak kan nak beli baju. Kedai baju kat depan," perli Eri.Ciss mcm tau2 je aku suke beli belah. Eeee..geram betul. Pelayan datang untuk mengambil order. Aku pulak taktau nak order ape. Walaupun aku suke seafood, ni orang belanje, kang aku order ikut tekak aku, x terbayar mamat ni kang.



   "Mcm biase ek,"ujar Eri sambil menunjukkan 2 jari,hidangan untuk 2 orang. "Awak selalu makan sini ke?"tanyeku. "Selalu gak r. Tiap minggu. Saye tau awak pon suke seafood kan? Sebab awak order tomyam seafood hari2" "eh. intip saye ek?" aku kehairanan. "xlah. sye selalu makan time awak makan malam tu. Awak je xperasan saye. Sebok gelak dengan kawan-kawan je,"ujarnye sambil tersenyum. "Oh. Hee.. saye memang macam tu la. Wuuu," aku tersipu2 malu. Cis apesal malu2 kucin lak ni. Waaa. Hidangan yang ditempah sampai.

    Ketika menikmati makanan, aku perasan mamat sengal ni asyek tenung muke aku je. "Woi. Nape tenung saye gitu?"aku bengang. Kerimasan ditenung begitu. "Awak ni cantik lah. Comel. Sayang xde pakwe. Boleh saye jadi pakwe awak?" aku membuntangkan mateku lalu berkate "Hahahahah. Awak tau x kite baru kenal?" tanganku laju mencubit lengannye."Aduiiii..saket2. Saye tau awak baru kenal saye. Tapi saye dah lame kenal awak. Awak ingat tak awak pernah cubit pipi sorang budak laki kulit gelap mase darjah enam?" tanye Eri sambil menggosok lengannye yang terase pijar kesan cubitanku tadi. Lame aku merenung muke Eri.

    Lame aku cube mengimbas kembali kenangan sepuluh tahun lepas itu. Aku membandingkan muke Eri dengan muke budak berkulit hitam yang juga rakan sekelasku ketike darjah enam itu. 'Oh Tuhan,' getus hatiku. Memang die. Memang die yang aku pernah minati sepuluh tahun lepas. Jatuh cinta pertama kali yang terkubur begitu sahaja setelah menerima keputusan UPSR. "Erm...bagi saye mase ok. Nombor telefon?"aku meminta nombor telefonnya. "012******. Simpan elok2 tau." Eri tersenyum lagi. Aku terkelu. Sepanjang perjalanan pulang ke universiti. aku hanya melontarkan pandangan ke luar, merenung pemandangan dengan fikiran yang kosong. Sebelum melelapkan mate, aku menghantar sms kepase Eri.

          "Aku pun cintekan kau. Seperti tulusnya cinta aku yang pertame pade kau dulu."

2 comments:

  1. hehe , dah abis baca cerpen nih ,

    nak bagi komen sikit , gaya penceritaan dia best , memang best , hee , sweet2 gtu , ada romantik komedi , hik3 ,

    ReplyDelete