Bloom Flower Bloom

Bloom Flower Bloom
its been a while~

Monday, September 5, 2011

movie : review karipap2 cinte



kemarin ak tgk cite ni sebab cite "hantu bonceng" kul 5.30 ptg
mak xbagi balek lewat
so tgk la ngn mr B cite ni
ble thn la klaka nyer
bes gak Gambit berlakon
ade plak sore fafau jd DJ hahaha..tah pape je
berbaloi gk r tgk cite ni
tgk tau!!
ni sinopsis cite ni~~


Dibintangi Gambit Saifullah, Mellia Aimellia, Syawal Ruslan, Eman Manan, Elyas Iskandar,Syamira Azmil dan P.Jagen, filem terbitan Cinematic Pictures ini bakal berada di pawagam mulai Hari Raya Pertama.

Sinopsis

‘Karipap-Karipap Cinta’ yang mengisahkan dua perihal hati yang jauh berbeza. Ali yang bekerja di syarikat penerbitan majalah merupakan seorang lelaki yang sempoi, gemar melepak bersama rakan-rakannya dan sering dimarahi bos tempat kerjanya kerana kualiti kerjanya manakala Sarah pula ialah seorang dari Universiti Al-Azhar, berasal dari keluarga yang berada dan merupakan seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Ali mula jatuh hati pada Sarah selepas terpandang wajah ayu Sarah yang sedang berjalan keluar dari tempat kerjanya. Hubungan mereka kemudiannya makin erat selepas cubaan Ali menyelamatkan beg tangan Sarah yang telah diragut walaupun pada akhirnya Sarah sendiri yang berjaya menewaskan peragut tersebut.

Keadaan menjadi semakin lucu, apabila Ali mengaku pada Sarah dan keluarganya bahawa dia juga merupakan bekas graduan universiti Azhar kerana tidak mahu kalah kepada seorang ustaz yang ingin dijodohkan dengan Sarah. Pelbagai kejadian telah berlaku akibat pembohongan si Ali ini sehingga huru-hara jadinya. Namun untuk mententeramkan perasaan serba salahnya itu, Ali bertekad mahu mencuri dokumen penting yang disimpan bosnya bagi menyelamatkan maruah keluarga Sarah. Tetapi Sarah tetap kecewa dengan penipuan Ali. Harapan terakhir Ali adalah untuk menghasilkan karipap yang tersedap di dunia untuk Sarah yang sememangnya pakar dalam membuat karipap. Namun adakah cinta mereka dapat bertaut kembali?


No comments:

Post a Comment