Bloom Flower Bloom

Bloom Flower Bloom
its been a while~

Tuesday, May 31, 2011

program kem motivasi "Perkampungan Ilmu"

baru balik dari program "Perkampungan Ilmu"
pesertanya : pelajar Pra-Universiti Atas & Bawah ( form 6)
1 program yg mencabar minda kerana berhadapan dengan
kalangan remaja yg tidak jauh beza umurnya dr kami
membimbing orang bukanlah suatu perkare yg mudah
ini dirasai oleh fasilitator2
bertemu dengan mereka seolah2 bertemu dengan diri sendiri ketika tingkatan 6 dahulu
kami sendiri pernah merasai alam Tingkatan 6
masih lagi degil, kurang keterbukaan minda, perlu disokong untuk berjaye
, kurang pembacaan, pengkayaan ilmu perlu segere dilakukan
namun bukan mudah untuk membimbing
apabila menghadapi situasi ini, fasilitator atau kaunselor tidak seharusnya cepat melatah
namun, kebimbangan tidak memenuhi matlamat guru mereka
iaitu "meningkatkan semangat mereka untuk terus bersemangat unutk belajar" :
tetap wujud dalam hati dan pemikiran kami.
kenyataan guru ini mencabar kami untuk terus bekerje keras menjayekan program ini
terutamanya barisan fasilitator yang dikepalai oleh Azeed dan diarahkan oleh Wan
tiade rehat, kepenatan, cuace yang trlalu panas, masalah sumber air, tidak lagi menjadi suatu keutamaan
kekecewaan ada juga terbit apabila melihat adik2 yang masih berdegil & kelihatan terpaksa mengikuti aktiviti..
tiada apa yang dapat diperkatekan apabila mendengar kata-kata yang kurang enak daripada mereka..
hati kami seperti luluh dan retak beribu2 kali
namun perjuangan perlu diteruskan demi mereka
& penghargaan dari sekolah mahupun pelajar tidak kami harapkan
cume mengharapkan adik2 ini sedar...
untuk terus berjuang demi masa depan yang cemerlang

No comments:

Post a Comment